Links

Key Dates

Registration Fee

Penghakiman Peringkat Akhir

Penghakiman Peringkat Akhir : Penilaian Berasaskan Sesi Pembentangan Lisan dan Sesi Pameran
i. Semua peserta peringkat akhir akan membuat pembentangan lisan, pameran dan demonstrasi projek pada hari pertandingan. Pertandingan akan dinilai oleh Panel Penilai yang dilantik.

ii. Keperluan semasa sesi pembentangan lisan:
a. Peserta perlu menyediakan slaid pembentangan berdurasi 10 minit bagi sesi pembentangan lisan yang akan dijalankan di dalam bilik khas.
b. Peserta diberi masa selama 10 minit sahaja untuk membentangkan hasil projek
c. Peserta diberi masa 5 minit bagi sesi soal jawab.

iii. Keperluan semasa Sesi pameran dan demonstrasi projek :
a. Setiap peserta akan disediakan tapak pameran di dalam Grand Ballroom yang merangkumi satu meja (saiz 3' x 18") dan 2 kerusi untuk mempamer dan membuat demontrasi projek sepanjang pameran berlangsung.
b. Peserta perlu menyediakan bahan keperluan untuk mempamer dan demontrasi projek.
c. Semua projek hendaklah berfungsi pada hari pertandingan.
d. Setiap penyertaan digalakkan menyediakan bahan pameran yang menarik.
e. Kos persiapan adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.

iv. Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria seperti berikut :
a. Penilaian Projek Secara Lisan (60%)
b. Penilaian Bahan Pameran (30%)
c. Penulisan Laporan (10%)

Sponsors

  • Please contact us at ienforce.upm@gmail.com for more details