Links

Key Dates

Registration Fee

iENFORCE Innovation Challenge

Objektif penganjuran iENFORCE Innovation Challenge peringkat Pra-universiti adalah untuk:

I. Menjadi pemangkin kepada peserta mendalami pengetahuan terhadap bidang bidang berkaitan alam sekitar untuk menghasilkan penyelesaian isu isu berkaitan alam sekitar seterusnya ini akan menjadi budaya atau cara hidup generasi akan datang.

II. Memberi peluang kepada peserta menyumbang idea dan inovasi dalam bidang alam sekitar untuk menunjukkan kemampuan mempelajari dan mencipta sesuatu yang baru.

III. Memupuk semangat kerjasama dan berdaya saing di kalangan peserta untuk mencipta sesuatu produk yang kompetitif dari segi realistik, praktikal dan ekonomik bagi tema From Sources to Solution.

Justifikasi penganjuran iENFORCE Innovation Challenge peringkat Pra-universiti ini adalah seperti berikut:

I. Penganjuran pertandingan ini dapat mengetengahkan bidang bidang berkaitan alam sekitar seperti Pemonitoran Alam Sekitar, Kawalan Pencemaran, Kesihatan Persekitaran, Teknik-Teknik Analisis, Teknologi Rawatan dan tidak ketinggalan bidang Polisi dan Tadbir Urus. Acap kali bidang berkaitan alam sekitar di pandang sepi terutama bagi golongan remaja dalam membuat pilihan bidang pengajian dan kerjaya. Dari itu, sudah sampai masanya usaha menonjolkan lagi peluang-peluang dan ruang pengetahuan untuk diterokai oleh generasi muda dalam usaha mereka merencana pencapaian dalam ilmu pengetahuan dan kerjaya sepanjang hidup mereka. Atas kenyataan inilah penganjuran iENFORCE2015 menambah kumpulan sasaran terdiri dari pelajar pra-universiti. Secara tidak langsung, penganjuran ini juga menonjolkan fungsi Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Forensiks Alam Sekitar (ENFORCE), Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia sebagai pusat penyelidakan dan rujukan berkaitan alam sekitar.

II. Pelajar pra-universiti merupakan golongan remaja yang telah terdidik dengan budaya pembelajaran yang membina. Disamping itu mereka sentiasa mempunyai idea yang segar dan tulen dalam bidang inovasi dan rekacipta. Penghargaan kepada golongan remaja seperti dengan menganjurkan iENFORCE Innovation Challenge amat penting agar mereka membudayakan amalan penerokaan ilmu dan berdaya saing terutama dalam bidang berkaitan alam sekitar.

III. Penganjuran ini juga memperluaskan daya pemikiran para pelajar seterusnya menjadikan mereka individu yang bersikap lebih peka, mampu reaktif dan lebih proaktif terhadap isu-isu alam sekitar pada masa hadapan.

Sponsors

  • Please contact us at ienforce.upm@gmail.com for more details