Links

Key Dates

Registration Fee

Manual Pempamer


1. Hanya projek yang disenaraikan Berjaya ke peringkat akhir dibenarkan menyertai iENFORCE Innovation Challenge. Senarai penyertaan tersebut adalah muktamad.

2. Pempamer perlu menyediakan bahan pameran dan slaid pembentangan bagi durasi selama 10 minit dan 5 minit bagi sesi soal jawab.

3. Setiap penyertaan perlu melalui proses pra pendaftaran dan pendaftaran yang akan diadakan sebagaimana berikut :

PRA-PENDAFTARAN
Tarikh : 18 Ogos 2015 (Selasa)
Masa : 6.00 petang hingga10.00 malam
Tempat : Hotel Marriott Putrajaya

PENDAFTARAN
Tarikh : 19 Ogos 2015 (Rabu)
Masa : 8.00 hingga 10.00 pagi
Tempat : Hotel Marriott Putrajaya

4. Kegagalan pempamer atau wakil untuk mendaftarkan diri dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan penyertaan dibatalkan. Pendaftaran selepas tempoh tersebut tidak akan diterima.

5. Semasa pendaftaran pempamer akan diberikan ;
6. Pempamer atau wakil diminta untuk berada di lokasi pameran sepanjang sesi pameran berlangsung bagi melayani pelawat yang hadir.

7. Sesi penghakiman akan dijalankan dalam dua sesi,
i. Sesi pembentangan lisan,
ii. Sesi demonstrasi bahan pameran.
Semua pempamer akan dihakimi oleh panel juri sepanjang tempoh sesi penghakiman berlangsung : 10.00 pagi - 5.00 petang. (rehat 1.00 - 2.15 petang).

8. Keputusan pemenang - dijangka akan diumumkan pada 20 Ogos 2015 (jam 5.00 petang ). Keputusan hakim adalah muktamad.

9. Keselamatan Barang/Produk
* Peserta perlu sentiasa berwaspada terhadap keselamatan barang / produk masing-masing sepanjang pameran berlangsung.

10. Urusetia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan, kecurian atau sebarang kerosakan semasa dan sesudah pameran berlangsung.

PERSEDIAAN PAMERAN iENFORCE Innovation Challenge

Sponsors

  • Please contact us at ienforce.upm@gmail.com for more details