Links

Key Dates

Registration Fee

Aktiviti Penilaian Pertandingan

Proses penilaian pertandingan adalah mengikut peringkat seperti berikut :

Penilaian Peringkat Pertama: Tapisan Oleh Pihak Juri

i. Semua permohonan beserta kertas cadangan yang diterima pada atau sebelum 30 Jun 2015 akan dibuat tapisan di peringkat urusetia pertandingan untuk memastikan permohonan memenuhi syarat-syarat penyertaan dan tatacara permohonan yang telah ditetapkan.

Penilaian Peringkat Kedua : Penilaian Berasaskan Kertas Cadangan

i. Semua kertas cadangan projek yang diterima akan dinilai oleh Panel Penilai. Panel penilai akan memilih penyertaan yang menepati elemen penilaian untuk bertanding di peringkat akhir.

ii. Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria seperti berikut :


a. Tahap keaslian, kreativiti dan inovatif projek
b. Tahap kegunaan dan aplikasi projek
c. Daya tarikan

iii. Penyertaan yang berjaya memasuki peringkat akhir akan dimaklumkan secara bertulis dan secara media elektronik pada 6 Julai 2015.

Peringkat Akhir

Penilaian Peringkat Akhir : Penilaian Berasaskan Pameran dan Sesi Penerangan

i. Semua peserta peringkat akhir akan membuat pameran dan demonstrasi projek pada hari pertandingan. Pertandingan akan dinilai oleh Panel Penilai yang dilantik.

ii. Keperluan semasa pameran dan sesi penerangan :


a. Setiap peserta akan disediakan tapak pameran yang merangkumi satu meja (saiz 3' x 18") dan 2 kerusi untuk mempamer dan membuat demontrasi projek sepanjang pameran berlangsung.
b. Peserta diberi masa selama 10 minit sahaja untuk membentangkan hasil projek termasuk sesi soal jawab.
c. Peserta perlu menyediakan bahan keperluan untuk mempamer dan demontrasi projek.
d. Semua projek hendaklah berfungsi pada hari pertandingan.
e. Setiap penyertaan digalakkan menyediakan bahan pameran yang menarik.
f. Kos persiapan adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.

iv. Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria seperti berikut :


a. Penilaian Projek (60%)
b. Penilaian Pameran (30%)
c. Penulisan Laporan (10%)

Sponsors

  • Please contact us at ienforce.upm@gmail.com for more details